Terdetik bangun Muhasabah Diri? Masa yang telah berlalu itu adalah yang jauh.Betulkan.
Apa bezanya,"Mengapa perlunya muhasabah diri?"dengan "Perlunya muhasabah diri."
Pada hematnya,analoginya begini."Perlunya makanan tambahan untuk tubuh kita," dengan,"Mengapa perlunya makanan tambahan untuk tubuh kita?"
Nak letak dari sudut bahasa,kot.Pandangan saya,satu bagai ayat penyata,dan satu lagi bagai ayat tanya. Kedua-dua memerlukan bahan rujukan atau fakta atau bukti relevan.
Owh..Ya.
Berbalik,"Perlunya muhasabah diri," sebagai postin ini.
Perkataan terhampir dalam konteks bahasa..apa ye?
Jika masih ingat suatu masa dahulu,Ilmu Hisab,teks diguna di sekolah.Itu zaman silibus British.
Hari ini Matematik kan.
Tak pe.Ambil Ilmu Hisab.Ia berkait dengan Kira-Kira.Seorang cikgu puji muridnya."Awak pandai pelajaran Ilmu Hisab.Hari ini,"Awak pandai@bijak dalam pelajaran Matematik."
Hisab@Kira-Kira punyai sifir atau formula.Permasalahan disusuli formula.Faham masalah diikuti ingat formula boleh dapat hasilnya.Ha..Ha.
Bukan sahaja Matematik nak cemerlang,semua nya nak cemerlang.
Hari ini lebih baik dari kelmarin,dan hari esok lebih baik daripada hari ini.Harapan serta doa semua orang.
So,muhasabah diri adalah tuntutan supaya keadaan diri semakin improve.Susulan itu,suatu sistem,ilmu dan keazaman kuat perlu dibangunkan didalam diri.Mesti ingat juga,pembimbing baik lagi bertanggungjawab hendaklah sentiasa ada bersama untuk mencapai perubahan.
Manusia tak sempurna.Ingat mengingati itu sangat digalakkan dalam kehidupan.
Dalam menelusuri liku-liku kehidupan,semak-imbang atau muhasabah dititik berat bagi mancapai kecemerlangan.
Apa manfaat diperolehi dari muhasabah?
Semua orang mahu yang terbaik lagi cemerlang sebagaimana;
Meringankan hisab pada hari Qiamat.Terus berada dalam Petunjuk.Mengubati hati.Menjadikan diri tidak takabur/sombong.Waktu dimanfaat dengan baik.
Dari Saidina Umar al-Khatab R.A,bermaksud;
"Hisablah diri kamu sebelom kamu dihisab .Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung.
Sesungguhnya ringanlah penghisaban di Hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia".(Tuhfah al-Ahwazi-7/176)
Al Imam Al-Ghazali menasihat,"Barangsiapa yang sering bermuhasabah pada dirinya,nescaya dia akan temui keringanan pada hari Akhirat kelak."
Maksud dari ayat dari Surah al-Hasyr(ayat 18).
"Wahai orang-orang yang BerIman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah.Sungguh Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
Wallahhu A'lam.
Semoga ada manfaatnya.
GenB